RINGKASAN STATISTIK ADUAN (6 – 23 MEI 2019)

RINGKASAN STATISTIK ADUAN (6 – 23 MEI 2019)

BIL
KESALAHAN
JUMLAH
1 SEK 17 : BERJUDI 2
2 SEK 19 : TIDAK MENGHORMATI RAMADAN 43
3 SEK 26 : PERBUATAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MELAKUKAN PERSETUBUHAN LUAR NIKAH 0
4 SEK 29 : KHALWAT 29
5 SEK 106 : KUTIPAN DERMA TANPA KEBENARAN 3

RINGKASAN STATISTIK TANGKAPAN (6 – 23 MEI 2019)

BIL
KESALAHAN  
JUMLAH
1 SEK 17 : BERJUDI 3
2 SEK 19 : TIDAK MENGHORMATI RAMADAN 22
3 SEK 26 : PERBUATAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MELAKUKAN PERSETUBUHAN LUAR NiKAH 3
4 SEK 29 : KHALWAT 25
5 SEK 106 : KUTIPAN DERMA TANPA KEBENARAN 9

MAKLUMAT LAIN :

  1. 22 TANGKAPAN SEK 19 : 19 (KEDAI TERSOROK) 3 (RESTORAN). SEMUA DALAM DAERAH PETALING. ADA SEORANG TELAH DITANGKAP SEBANYAK DUA KALI DALAM SELANG MASA SEMINGGU, DI LOKASI YANG BERLAINAN TAPI BERDEKATAN.
  2.  25 TANGKAPAN SEK 29 : KHALWAT : 6 TANGKAPAN Dl HOTEL DAN 19 TANGKAPAN DI RUMAH. 11 TANGKAPAN DI DAERAH PETALING. 4 TANGKAPAN MASING-MASING Dl DAERAH KLANG DAN SEPANG. DAN 2 TANGKAPAN MASING-MASING Dl DAERAH GOMBAK, HULU LANGAT DAN HULU SELANGOR.
  3. 3 TANGKAPAN MELIBATKAN SEK 26 IAITU PERBUATAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MELAKUKAN PERSETUBUHAN LUAR NIKAH. KETIGA-TIGANYA DALAM DAERAH PETALING. 2 TANGKAPAN Dl DALAM HOTEL DAN 1 TANGKAPAN Dl PUSAT URUT.

RUJUKAN SEKSYEN BERKAITAN :

Seksyen 29. Khalwat.

(1) Mana-mana:-

  • orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

  • orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 19. Tidak menghormati Ramadhan.

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan:-

  • menjual kepada mana-mana orang islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu;

  • secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-

Seksyen 26. Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, walaupun perbuatan itü tidak sampai ke tahap suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 25, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Seksyen 106. Pungutan khairat.

  1. Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis, memungut wang atau sumbangan-sumbangan Iain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.
  2. Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma bagi tiap-tiap kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang Iain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan Iain hendaklah—

(a) mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang dipungut sedemikian suatu resit mengikut nombor Siri dalam bentuk yang ditetapkan;

  • menyimpan akaun-akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah wang dipungut sedemikian dan tentang pelupusannya, dengan semua baucer yang sepatutnya;
  • apabila dituntut, mengemukakan potongan resit dan semua akaun dan baucer-baucer itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh Majlis;
  • menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut sedemikian mengikut terma-terma kebenaran itu atau jika tiada cara untuk melupuskan wang itu dibenarkan dengan nyata oleh surat kebenaran itu, membayar dan mengakaunkannya kepada Baitulmal.
  • Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Baitulmal.
  • Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali dengan kebenaran nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).
  • Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *