60 khatam berjemaah pada World #QuranHour

MACHANG – World #QuranHour yang diadakan di Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Iyra disemarakkan dengan khatam al-Quran secara berjemaah oleh 60 pelajarnya di Kampung Bandar, dekat Pulai Chondong di sini hari ini.

Bacaan 30 juzuk al-Quran tersebut melibatkan pelbagai peringkat umur ahlinya termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa dan warga emas.

Pengasasnya, Ahmad Iqbal Nasuha Mahmad Kamel berkata, program yang bermula pada jam 10 pagi tersebut turut dimeriahkan dengan tadabur al-Quran dan tazkirah agama.

Katanya, program kali kedua yang dilaksanakan oleh pusat tersebut bertujuan menyemarakkan budaya membaca al-Quran sekali gus menyokong World #QuranHour.

Tambahnya, pusat pengajian tersebut melibatkan kira-kira 160 ahli di dua lokasi termasuk di Kampung Pangkal Gong dalam usaha menyemarakkan budaya belajar dan membaca al-Quran di kalangan masyarakat tanpa mengira usia.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *