Kempen Tonton Non Stop, On Top! terus mencuri perhatian apabila berjaya melahirkan 223 pemenang pada pusingan pertamanya. Walaupun pelbagai hadiah telah disampaikan kepada para pemenang, perhatian orang ramai masih tertumpu kepada hadiah paling dinanti-nantikan iaitu TQ Wuling Bingo EV, yang bakal menemui pemiliknya pada majlis penyampaian hadiah rasmi tidak lama lagi.

Kejayaan pusingan pertama membuktikan sambutan menggalakkan daripada pelanggan TontonUp yang aktif menstrim kandungan pilihan sepanjang tempoh kempen. Selain hadiah utama, peserta turut membawa pulang pelbagai ganjaran menarik seperti telefon pintar Oppo dan ratusan baucar tunai, sekali gus menjadikan pengalaman menonton lebih berbaloi.

Kini, saingan memasuki fasa baharu apabila Pusingan 2 dibuka dari 29 Jun hingga 12 Julai 2026. Semua kutipan mata telah ditetapkan semula, memberikan peluang yang sama kepada peserta baharu dan peserta sedia ada untuk membina semula kedudukan mereka. Lebih menarik, pelanggan boleh mengumpul mata menerusi penstriman filem-filem Korea terpilih di platform Tonton.

Pusingan 2 (29 Jun – 12 Julai 2026)
ExhumaHijack 1971 
Dark Nuns The Moon 
The Priests Amazon Bullseye
The Ghost GameMidnight Runners 
Dr. Cheon And The Lost TalismanHopeless 
Peninsula Beautiful Audrey 
The Witch: Part 2. The Other OneRevolver 
SinkholeConfidential Assignment 2: International 
Concrete Utopia The Childe
Emergency DeclarationDecibel

Kempen kali ini turut dimeriahkan dengan pulangan Turboost, di mana mata berganda ditawarkan kepada pelanggan yang menstrim kandungan terpilih pada hujung minggu tertentu. Inisiatif ini bukan sahaja menjadikan pengalaman penstriman lebih menyeronokkan, malah meningkatkan peluang peserta untuk muncul sebagai pemenang seterusnya.

Turboost Minggu 3 (4 & 5 Julai 2026)Turboost Minggu 4 (11 & 12 Julai 2026)
Neraka Yang Terhijab Azure Spring 
Luka Di Hujung Setia I’m Calling Off the Engagement with the Male Lead 
Holy Night: Demon Hunters Shall We Date for Just One Day? 
The Roundup: No Way Out In This Life, I’m Trying to Save the Boss 
The Bad Guys: Reign Of Chaos Can Ghosts Be Laundered? 

Bagi mereka yang masih belum menyertai kempen ini, peluang masih terbuka. Dengan hanya melanggan pelan TontonUp dan mula menonton kandungan yang layak, setiap tontonan kini mampu membawa anda selangkah lebih dekat untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.