2021 Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (2021 MAMA) tonton SIARKAN LIVE STREAMING SELAMA 7 JAM

2021 Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (2021 MAMA) tonton SIARKAN LIVE STREAMING SELAMA 7 JAM

Peminat-peminat muzik K-Pop di Malaysia bertuah tahun ini apabila mereka dapat menyaksikan siaran langsung anugerah berprestij dunia, 2021 Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (2021 MAMA) secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton.

Ramai tertanya-tanya di mana mereka boleh menyaksikan acara penuh gemilang ini secara online. tonton adalah jawapannya dan peminat-peminat tegar dapat menyaksikan strim langsung secara percuma yang disediakan menerusi platform tonton pada 11 Disember 2021 (Sabtu), bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang untuk sesi karpet merah. Acara anugerah juga akan disiarkan bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam. Tidak perlu untuk berfikir panjang, hanya klik www.tonton.com.my/2021MAMA untuk melihat penyanyi K-Pop pujaan anda semua.

Menurut Ketua Pegawai Operasi tonton, Amir Rasyidi Johari, “Kami berasa teruja kerana dapat menyiarkan 2021 MAMA secara strim langsung di tonton. Kita tahu peminat K-Pop semenangnya begitu ramai melibatkan seluruh dunia dan mereka ingin tahu platform mana yang menyiarkan acara berprestij ini secara langsung. Lebih menariknya, tonton akan menyiarkan 2021 MAMA secara langsung di Malaysia selama 7 jam berterusan bermula dari acara karpet merah pada pukul 3.00 petang sehinggalah selesai anugerah iaitu 10.00 malam dan boleh juga saksikan menerusi catch up di tonton CINEMA pada keesokan hari.”

Bersempena dengan siaran berprestij 2021 MAMA pada hujung minggu ini, tonton CINEMA menawarkan promosi istimewa iaitu langgan satu filem terpilih dan percuma satu lagi filem di tonton CINEMA. Antaranya, Dendam Penunggu, Shark: The Beginning, Miracle: Letters to the President dan banyak lagi. Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari www.tonton.com.my .

Kepada peminat-peminat K-Pop di Malaysia, jom kita sama-sama strim langsung secara HD 2021 MAMA di www.tonton.com.my/2021MAMA untuk mengetahui siapakah yang bakal merangkul anugerah Artis Terbaik Tahun 2021 pada 11 Disember 2021 bermula 3.00 petang hingga 10.00 malam dan menyaksikan semula acara gilang-gemilang ini menerusi catch up di cinema.tonton.com.my pada keesokan harinya.