Yusuf Taiyoob import 5,000 tan kurma

Yusuf Taiyoob import 5,000 tan kurma

SEBANYAK 5,000 tan buah kurma diimport oleh syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd tahun ini bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia serta beberapa negara jiran sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarah Urusan syarikat itu Datuk Seri Yusuf Taiyoob berkata pihaknya menetapkan 80 peratus penjualan buah kurma adalah untuk pasaran tempatan manakala 20 peratus lagi untuk pasaran di Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

“Harga buah kurma tahun ini sama seperti tahun lepas sungguhpun permintaan dan persaingan juga meningkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sumbangan Ehya’ Ramadan kepada 231 buah masjid dan surau Jumaat di negeri ini, di sini hari ini.

Yusuf berkata pihaknya mengimport pelbagai jenis buah kurma dari Iran, Tunisia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Iraq, Dubai dan Mesir sebelum memberi nama produk seperti Safia, Safina dan Wasem yang merupakan nama anak-anaknya.

“Kurma Safia yang diimport dari Tunsia adalah antara produk yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna mungkin disebabkan kurma itu bertangkai, bermutu dan mempunyai rasa yang agak berlainan daripada yang lain,” katanya

Beliau berkata kurma Safina dan Wasem juga diimport dari Tunisia tetapi dari jenis yang berlainan.

Pada majlis itu, Yusuf menyampaikan sumbangan RM84,000 kepada Masjid Negeri Pulau Pinang untuk membantu persiapan menjelang ketibaan bulan Ramadan. – Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *