MAHB lantik Datuk Mohd Shukrie sebagai COO baharu

MAHB lantik Datuk Mohd Shukrie sebagai COO baharu

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharunya, berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan, MAHB berkata Mohd Shukrie akan memain peranan penting dalam memacu dan memantau strategi berkaitan operasi lapangan terbang, keselamatan lapangan terbang dan perancangan dan pembangunan lapangan terbang, pengurusan projek, pengurusan kemudahan selain perkhidmatan perundingan kumpulan bagi memantau operasi dan pengurusan lapangan terbang.

“Berdasarkan pengalaman luas beliau termasuk dalam perbankan pengguna dan korporat, penggabungan dan pengambilalihan, pengurusan risiko dan sumber manusia, beliau membawa nilai penting ke dalam kumpulan bagi merealisasikan sasaran meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan yang kukuh selain berubah menjadi pemimpin perkhidmatan,” katanya. -Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *