Teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya

Teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor mementaskan produksi teater komedi seram anti dadah Dari Cherok Tok Kun ke Gombak. Lebih 1000 orang menghadiri persembahan ini, yang menampilkan komik terkenal negara termasuk Wan Raja, Bell Ngasri, Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, Lanun Resdongs, dan penghibur dari Resdongs Entertainment. Azharina Juara Gegar Vaganza 3 membuat penampilan istimewa dalam pementasan ini yang diarahkan oleh Lanun Resdongs. Pengurus Jojie turut hadir. Petang itu diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Penaung PEMADAM Selangor, bersama isteri YBhg. Datin Seri Masdina Muhamad.
Kini selepas 4 tahun berlalu, pada Tarikh 26 Mei 2023 bersamaan dengan hari jumaat sekali lagi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan Kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment dan dengan sokongan oleh MyCreative Ventures bakal menganjurkan bahagian kedua siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah: Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya. Pementasan kali ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bakal dipentaskan oleh para pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, AzmirCuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs akan bertanggunjawab selaku Pengarah untuk teater ini.
Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah: Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya akan digegarkan lagi dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta Kapten Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE. Pentas teater akan dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaituJO BRANKO (ex Wings). Boleh dikatakan ini adalah penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater tanahair. Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut.
100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah: Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (vip) boleh dibeli secara atas talian di www.myticketempire.com bermula dari hari ini (15 Mac 2023) untuk sebarang pertanyaan sila berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 017-7054996 (Cik Sarah).
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan Kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment dengan sokongan oleh MyCreative Ventures percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater. Penampilan selebriti hebat tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis artis yang lain juga menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadah yang semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita.
Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangr: Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari diatas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh beliau kepada PEMADAM Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan Kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment dengan sokongan oleh MyCreative Ventures untuk menjalankan aktiviti anti dadah di Selangor Darul Ehsan ini. Semoga usaha murni untuk membanteras gejala dadah ini diberkati Allah SWT. Insyaallah.