SUMBANGAN RM4,000 WAQAF AL-QURAN DAN SUMBANGAN BARANG DAPUR RM1,000 KEPADA MAAHAD TAHFIZ

SUMBANGAN RM4,000 WAQAF AL-QURAN DAN SUMBANGAN BARANG DAPUR RM1,000 KEPADA MAAHAD TAHFIZ

Majlis Sumbangan Wakaf Al-Quran hari ini telah diadakan di Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) Taman Puchong Intan, Puchong, oleh Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Kerajaan Negeri.

Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Selangor dan MATAN, sebuah pusat pembangunan Al-Quran, fiqh, tajwid, dan akhlak yang membangunkan anak-anak hafiz, hafizah, alim, dan alimah di kalangan anak-anak muda Selangor.

Majlis Sumbangan Wakaf Al-Quran hari ini telah diadakan di Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) Taman Puchong Intan, Puchong, oleh Exco Generasi Muda, Sukan, dan Modal Insan Kerajaan Negeri. Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri bekerjasama dengan MATAN, sebuah pusat pengajian Al-Quran, fiqh, tajwid, dan pertumbuhan akhlak yang membangunkan anak-anak hafiz, hafizah, alim, dan alimah di kalangan remaja Selangor.

Domain 5: Pemantapan Nilai Agama dan Norma Tempatan Dasar Modal Insan Selangor turut menekankan komponen keagamaan dalam pembangunan modal insan di negeri Selangor. Bidang ini menekankan kepentingan pegangan agama dan norma tempatan dalam pembangunan modal insan yang inklusif. Pegangan agama yang kukuh dikatakan mampu membentuk kehidupan seseorang di sekeliling nilai-nilai murni agama.

Semoga pihak pengurusan tahfiz dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang luar biasa dan seterusnya melahirkan masyarakat madani di negeri Selangor hasil sumbangan ini.