SLAM | ZEPP KL NURKASIH 6 OGOS 2023 | SEBUAH KEHANGATAN NOSTALGIA YANG KEMBALI

SLAM | ZEPP KL NURKASIH 6 OGOS 2023 | SEBUAH KEHANGATAN NOSTALGIA YANG KEMBALI

POSTER KONSERT SLAM NURKASIH 6 OGOS 2023

Dengan menggunakan tajuk lagu ‘Nurkasih’ kumpulan SLAM sekali lagi tampil menghiburkan para peminatnya di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2023. Seramai lebih kurang 2000 peminat memenuhi ruang berprestij pada malam tersebut. Kehebatan kumpulan Slam serta aura mereka yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka sentiasa mendapat sambutan hebat daripada peminat-peminat setia mereka.

KUMPULAN SLAM

Sebuah kehangatan dan kerinduan mengobati bagi setiap peminat mereka.  Dengan membawa kembali kenangan nostalgia dimana lagu-lagu hangat seperti Nurkasih, Gerimis mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Rindiani dan banyak lagi dipersembahkan di pentas itu.

Konsert dimulakan dengan lagu Kembali Merindu disusuli dengan lagu Biarkannya, Buat Seorang Kekasih, Suratan Entah Mengapa, Kurnia, Rindiani, Sinar Menunggu, dan Maria Mariana.

Seterusnya untuk segmen kedua pula lagu Manisnya Rindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Tak Mungkin Berpaling, Kita Terpaksa Bermusuhan, Nurkasih, Gerimis Mengundang, Mentari Muncul lagi dan diakhiri dengan Kembali Terjalin.

Setiap konsert yang Slam jayakan sebagai satu kumpulan sentiasa memberikan 100 peratus usaha supaya 2000 peminat yang datang berpuas hati. Tidak kisah sama ada persembahan skala kecil atau besar, mereka sentiasa mengambil kira pelbagai aspek untuk memberi kepuasan kepada peminat, termasuk memberi kelainan. Susunan lagu pada Konsert Slam Nurkasih dibuat mengikut kesesuaian dan kemampuan vokal Kumpulan itu ketika ini.

CABUTAN BERTUAH KONSERT SLAM NURKASIH

Pada akhir konsert, sebanyak empat buah gitar berupa dua buah gitar eletrik dan dua buah gitar akustik dibuat sebagai hadiah yang bakal dimenangi oleh para peminat yang hadir dan setiap hadiah bernilai ini ditaja khas oleh PBH Music Sdn. Bhd.

Keseluruhannya peminat SLAM terhibur dengan konsert pada kali ini dan masih menantikan konsert SLAM pada masa akan datang.