Sentimen positif pacu ringgit terus kukuh berbanding dolar AS

Sentimen positif pacu ringgit terus kukuh berbanding dolar AS

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6055/6125 berbanding dolar AS daripada paras 4.6275/6330 pada akhir urus niaga semalam. Foto hiasan

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6055/6125 berbanding dolar AS daripada paras 4.6275/6330 pada akhir urus niaga semalam. Foto hiasan

RINGGIT meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh sentimen positif dan jangkaan bahawa negara maju itu menurunkan kadar faedahnya pada tahun depan, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6055/6125 berbanding dolar AS daripada paras 4.6275/6330 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran peningkatan dalam pasaran bon AS yang menyaksikan penurunan ketara hasil Perbendaharaan AS, menunjukkan jangkaan penurunan kadar faedah di negara maju itu semakin mendapat momentum.

“Ini menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) menjadi lemah dan jatuh ke paras sekitar 100 mata.

Sumber