Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 meningkat kepada AS$2,076.50 setiap troy auns daripada AS$2,069.20 setiap troy auns pada Rabu manakala kontrak Januari 2024 naik kepada AS$2,085.30 daripada AS$2,079.20 sebelumnya.

Kontrak bagi Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 semuanya ditutup tinggi pada AS$2,095.00 setiap troy auns daripada AS$2,088.90 setiap troy auns sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 362 lot daripada 236 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 576 kontrak daripada 451 kontrak.

Sumber