CMA i Capital Group Mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022

CMA i Capital Group Mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022

CMA i Capital Group telah mengadakan rumah terbuka Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 pada 26 Mei, Khamis yang lalu bertempat di Kelab Golf Seri Selangor, Persiaran Damansara Indah, Tropicana, 47810 Petaling Jaya Selangor.

Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa adanya rumah terbuka. Tujuan rumah terbuka diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan sesama masyarakat.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 oleh CMA i Capital Group berlangsung pada jam 6.00 petang sehingga 12 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya Majlis Perasmian Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri serta jamuan makan dan ramah mesra.

Para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan dari keluarga CMA i Capital Group diselangkan dengan cabutan bertuah. Pada jam 10 malam, pertunjukkan bunga api diadakan bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka tersebut.

Tidak ketinggalan majlis penyampaian hadiah untuk tiga kategori, iaitu kategori persembahan terbaik, pakaian raya terbaik dan cabutan bertuah mega.

Selepas majlis penyampaian hadiah, sesi karaoke juga turut diadakan, terbuka kepada semua tetamu yang hadir.

Majlis bersurai pada jam 12 malam.