Maxis lancar Managed Voice

Maxis lancar Managed Voice

MAXIS melancarkan Managed Voice, penyelesaian IP-PBX terurus yang berevolusi, menggunakan nombor perniagaan tetap pada peranti mudah alih di mana sahaja, bersama mode langganan yang fleksibel untuk scara selaras dengan matlamatnya dalam mendigitalkan sistem komunikasi untuk semua perniagaan di Malaysia.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis, Paul McManus berkata, dengan kemudahan itu, perniagaan dapat memanfaatkan faedah jangka panjang dan kebolelaksanaan penyelesaian suara digital, untuk membuktikan sistem komunikasi mereka Terus Menerajui dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Menurutnya, cadangan itu bersama dengan rangkaian lengkap penyelesaian VoIPnya mengukuhkan keupayaan Maxis sebagai penyedia penyelesaian teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) konvergen yang menyeluruh, disokong oleh kepakaran salinghubungan yang tepat untuk membolehkan salinghubungan menyeluruh bagi perniagaan di bawah rangkaian Maxis.

“Dengan penumpuan suara, data dan video dan keupayaan untuk mengakses perkhidmatan baharu melalui perkhidmatan jalur lebar dan IP, VoIP ialah masa depan teknologi komunikasi. Perniagaan yang mengikutinya akan menikmati kualiti panggilan yang lebih baik dan boleh dihubungi di mana-mana sahaja, membolehkan mereka menyampaikan pengalaman terbaik untuk pelanggan serta-merta, dan memastikan kecekapan kos yang lebih tinggi, membolehkan mereka memacu hasil perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, dengan rangkaian luas tawaran perusahaan tertumpu Maxis dan inovasi terkini, kepakaran yang betul dan rangkaian terbaik, Maxis membantu organisasi untuk sentiasa berada di hadapan dalam landskap perniagaan yang berubah dengan pantas.

“Untuk membuat peralihan mudah kepada VoIP hari ini, Maxis menawarkan tawaran kempen masa terhad sehingga 31 Disember 2022 dan pelanggan boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk pelan Suara dan Komunikasi Bersepadu.

“Maxis menyediakan penyelesaian perkakasan percuma untuk pelanggan menikmati panggilan tanpa had yang menarik dan memaksimumkan penjimatan sehingga 40 peratus sambil mengekalkan kesinambungan perniagaan dengan nombor talian tetap semasa mereka,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan Maxis Managed Voice ialah kemudahan nombor talian tetap pada telefon mudah alih, penyelesaian kalis masa hadapan dan berasaskan awan, model langganan fleksibel dan perkhidmatan terurus sepenuhnya.

“Managed Voice tiba pada masa yang tepat dengan pelaksanaan Kemudahalihan Nombor Tetap (FNP) di Malaysia, yang penting bagi segmen jalur lebar, data dan ICT yang lebih luas, bukan hanya bagi suara tetap, disebabkan oleh konvergen,” katanya.

Untuk maklumat mengenai tawaran kempen Switch to Maxis VoIP, sila layari https://business.maxis.com.my/en/voip/switch-to-maxis-voip/

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber