SACC Convec Raikan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus Di Majlis Berbuka Puasa

SACC Convec Raikan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus Di Majlis Berbuka Puasa

Seperti sedia maklum kedatangan bulan Ramadan yang penuh mulia ini, setiap insan berlumba-lumba mempelbagaikan pelbagai bentuk amal ibadah mereka bagi merebut ganjaran pahala yang melipat kali ganda termasuklah SACC Convec juga tidak terkecuali.

Bertempat di Pusat Konvesyen Shah Alam pada 06 April 2022, berlangsungnya satu majlis berbuka puasa bagi meraikan 40 orang anak yatim dan asnaf dari Rumah Amal Al-Firdaus anjuran Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) melalui satu program CSR (Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan). Melalui majlis tersebut, anak-anak yang hadir turut diraikan dengan menerima sumbangan duit raya dan hadiah hasil sokongan ADABI Consumers Industries Sdn. Bhd.

“Dengan harapan sumbangan ini menjadi lebih bermakna kepada anak-anak dan sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi serta SACC Convec dapat menyusun lebih banyak program kemasyarakatan pada masa yang akan datang sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan sosial” ujar Ketua Pegawai eksekutif SACC Convec, Encik Nasrudin Abu Bakar.

SACC yang mengangkat tema “Selera Orang Kita” bagi sajian Bufet Ramadan 2022 bermula 05 April sehingga 30 April turut disajikan kepada para hadirin yang hadir memeriahkan suasana majlis. Terdapat lebih daripada 100 jenis variasi juadah yang terdiri daripada masakan Melayu, Cina dan India. Pakej harga Bufet Ramadan 2022 SACC boleh didapati pada harga RM 88.00+ untuk dewasa manakala RM 44.00+ untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun kebawah akan dijamu secara percuma.

Antara hidangan yang terdapat didalam pakej Bufet Ramadan 2022 “Selera Orang Kita” adalah Daging Bakar Masak Lemak, Sotong Varuval, Udang Cili Kering, Kambing Masak Hitam dan Kambing Kebuli yang menjadi tarikan utama Bufet Ramadan 2022.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi di talian 03-5511885, 013-2206858 atau melayari laman web http://www.sacc.com.my/ramadan-buffet.

https://youtu.be/ss9Hdv_qQ_M