Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$112.9 bilion

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$112.9 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.9 bilion setakat 31 Julai 2023

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.9 bilion setakat 31 Julai 2023

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.9 bilion setakat 31 Julai 2023, berbanding AS$111.8 bilion (US$1=RM4.56) pada 14 Julai, 2023.

Bank pusat itu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM627.66 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM529.26 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.01 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM183.56 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM174.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.27 bilion), deposit-deposit lain (RM37.22 bilion), kertas Bank Negara (RM29.75 bllion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.64 bilion). – Bernama.

Sumber