Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS$113.5 bilion

Rizab antarabangsa BNM melonjak kepada AS$113.5 bilion

Bank Negara Malaysia - Foto Bernama

Bank Negara Malaysia – Foto Bernama

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat 29 Disember 2023 berbanding AS$112.8 bilion yang dicatatkan pada 15 Disember 2023.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab telah mengambil kira perubahan penilaian semula pertukaran asing suku tahunan,” katanya.

Sehingga 29 Disember, BNM berkata, daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing berjumlah AS$100.9 bilion, diikuti oleh kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Sumber