Ringgit dibuka positif – Sinar Harian

Ringgit dibuka positif – Sinar Harian

RINGGIT dibuka positif pada Isnin apabila dolar AS tidak berubah selepas data pengambilan pekerja Amerika Syarikat (AS) yang terkini menolak kebimbangan mengenai kemelesetan.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6480/6545 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6580 pada Jumaat lepas.

Data ekonomi terkini daripada AS adalah bercampur-campur, menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu kekal berdaya tahan walaupun terdapat kelemahan.

Sebanyak 216,000 pekerjaan baharu diwujudkan pada Disember, mengatasi unjuran sebanyak 170,000.

Sumber