Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu, berikutan ia terus mengalami pembetulan teknikal selepas meningkat dalam tempoh tiga hari yang lepas. - Gambar hiasan

Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu, berikutan ia terus mengalami pembetulan teknikal selepas meningkat dalam tempoh tiga hari yang lepas. – Gambar hiasan

RINGGIT meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu, berikutan ia terus mengalami pembetulan teknikal selepas meningkat dalam tempoh tiga hari yang lepas, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit meningkat agak ketara pada Isnin berikutan laporan pekerjaan terkini Amerika Syarikat (AS).

Beliau menjangkakan pasaran berkemungkinan akan menilai semula pendirian masa hadapan Rizab Persekutuan AS susulan sasaran menuju inflasi dua peratus mungkin mengambil masa untuk dicapai.

Sumber