Industri kelapa sawit tempatan alami pertumbuhan luar biasa – TPM

Industri kelapa sawit tempatan alami pertumbuhan luar biasa – TPM

Fadillah berucap pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu. - Foto Bernama

Fadillah berucap pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu. – Foto Bernama

INDUSTRI kelapa sawit tempatan telah menyaksikan pertumbuhan dan transformasi yang luar biasa sejak beberapa dekad yang lalu, didorong oleh kemajuan teknologi dan inovasi yang dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pemain-pemain industri minyak sawit dalam mempromosikan amalan pengeluaran mampan dan meningkatkan hasil kelapa sawit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Malaysia telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam penyelidikan biak baka dan bioteknologi, menghasilkan program siri sawit klon dan genom yang berjaya bertujuan untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan risiko jangkitan.

Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, mekanisasi terutamanya telah merevolusikan tugas seperti menuai dan meningkatkan kecekapan pengurusan perladangan.

“Saya berbangga untuk mengatakan Malaysia telah melakukan pencapaian penting dengan berjaya menjujuk genom kelapa sawit yang membawa kepada penemuan penting yang meningkatkan kecekapan amalan pembiakan baka kelapa sawit.

Sumber