Ringgit rendah berbanding dolar AS, dua hari berturut-turut

Ringgit rendah berbanding dolar AS, dua hari berturut-turut

Ringgit rendah berbanding dolar AS bagi hari kedua berturut-turut pada Rabu, berikutan kekurangan permintaan memandangkan DXY terus mengukuh. - Gambar hiasan

Ringgit rendah berbanding dolar AS bagi hari kedua berturut-turut pada Rabu, berikutan kekurangan permintaan memandangkan DXY terus mengukuh. – Gambar hiasan

RINGGIT rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Rabu, berikutan kekurangan permintaan memandangkan Indeks Dolar AS (DXY) terus mengukuh.

Pada pukul 6 petang, ringgit susut kepada 4.6665/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 ketika ditutup pada Selasa.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit lebih lemah hari ini berikutan aliran dolar AS yang lebih luas, dengan DXY pulih melebihi paras penting 104.00.

“Walaupun pengurangan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) tahun depan dijangkakan ramai dan boleh mempengaruhi dolar AS namun, pasaran mula menganggap pengurangan 125 mata asas adalah keterlaluan.

Sumber