Malaysia catat pelaburan diluluskan RM225 bilion sehingga September

Malaysia catat pelaburan diluluskan RM225 bilion sehingga September

Tengku Zafrul - Foto Bernama

Tengku Zafrul – Foto Bernama

MALAYSIA telah menarik pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama dalam tempoh Januari-September 2023, meningkat 6.6 peratus daripada pelaburan RM211 bilion yang diluluskan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Sebanyak 3,949 projek pelaburan yang diluluskan itu bakal menyediakan 89,495 peluang pekerjaan baharu, sekali gus memperlihatkan daya tahan Malaysia di tengah-tengah ketidaktentuan operasi global yang berterusan merentasi pelbagai industri, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 55.9 peratus, atau RM125.7 bilion, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan langsung domestik (DDI), yang melonjak 45.2 peratus tahun ke tahun, menyumbang 44.1 peratus atau RM99. 3 bilion.

Sumber