Ringgit merosot, ditutup rendah – Sinar Harian

Ringgit merosot, ditutup rendah – Sinar Harian

RINGGIT merosot daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, sejajar dengan mata wang sedang pesat membangun yang lain.

Menurut peniaga, perbincangan mengenai kadar faedah AS telah menyebabkan peningkatan dalam jumlah pelabur yang mencari mata wang selamat.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.7150/7195 berbanding dolar AS daripada 4.6930/6970 pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata pelabur sedang menunggu kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, yang dijadualkan akan berucap pada perbincangan meja bulat lewat hari ini, bersama Presiden Federal Reserve Bank of Philadelphia Patrick Harker.

Beliau berkata, pelabur akan turut memberi perhatian kepada angka pertukaran asing terkini dari Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan untuk petunjuk campur tangan.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun. Ia merosot berbanding yen kepada 3.1492/1524 daripada 3.1482/1511 pada Jumaat lepas.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.9677/9725 daripada 4.9802/9845 pada Jumaat dan naik berbanding pound kepada 5.7358/7413 daripada 5.7522/7571.

Mata wang tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.7626/7796 daripada 12.8808/8964 pada Jumaat dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 303.5/304.0 daripada 303.5/303.9 sebelum ini.

Ia susut berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.31 daripada 8.29/8.30 pada Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4373/4409 daripada 3.4457/4489 sebelum ini. – Bernama

Sumber