Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang tenang pada Rabu. - Foto hiasan 123RF

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang tenang pada Rabu. – Foto hiasan 123RF

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran yang tenang berikutan permintaan yang lebih baik untuk mata wang Amerika Syarikat (AS) itu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada Rabu, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6755/6805 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6760 pada Isnin.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, data IHP AS boleh mempengaruhi hasil Perbendaharaan AS berikutan hasil yang tinggi akan membawa kepada permintaan yang lebih kukuh untuk dolar AS.

“Pada masa ini, hasil Perbendaharaan AS agak tinggi dan menjejaskan mata wang Asia tempatan.

“Pasaran tempatan mengharapkan kepada data inflasi yang rendah dalam data IHP AS esok, yang boleh membantu ringgit serta pasaran bon dan saham tempatan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.8299/8361 daripada 5.8551/8595 pada Isnin, naik berbanding yen Jepun kepada 3.1849/1886 daripada 3.1855/1881 dan menambah berbanding euro kepada 5.0131/0184 daripada 5.0145/0183 sebelum ini.

Berbanding mata wang ASEAN lain, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4338/4378 daripada 3.4334/4362 pada Isnin, rendah berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.26 daripada 8.24/8.25, bagaimanapun naik berbanding baht Thailand kepada 13.1157/1349 daripada 13.1583/1755.

Ia diniagakan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 304.7/305.2 daripada 304.7/305.1 sebelum ini. – Bernama

Sumber