Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit kembali meningkat daripada penurunannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat. - Gambar hiasan 123RF

Ringgit kembali meningkat daripada penurunannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat. – Gambar hiasan 123RF

RINGGIT kembali meningkat daripada penurunannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, berikutan perkembangan positif yang dialami pasaran pertukaran mata wang asing Asia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, minat risiko bertambah baik selepas perhatian didapati beralih kepada yen Jepun apabila Bank Of Japan (BOJ) dilihat akan mengubah pendiriannya tidak lama lagi selepas kekal mengalami keadaan terlebih akomodatif.

Pada 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.

Beliau berkata BOJ telah mengekalkan kadar dasarnya pada -0.1 peratus sejak Januari 2016 hingga kini.

Sumber