Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila kebanyakan peniaga menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang pertama bagi 2024, dijadual diadakan pada 23 dan 24 Januari.

Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7350/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7335 ketika ditutup pada Isnin.

Pengarah Urusan, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, tumpuan utama bagi minggu ini adalah mesyuarat bank pusat di beberapa negara termasuk Malaysia dan Jepun serta zon euro.

“Walaupun dijangka tiada perubahan ketara dilakukan terhadap dasar monetari pasaran maju namun, angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang kukuh bagi suku keempat mungkin mendorong kadar faedah AS mengalami kenaikan sederhana, sekali gus menawarkan sedikit sokongan kepada mata wang itu.

Sumber