BDB, Shanghai Youzhu meterai MoU pengurusan sisa industri

BDB, Shanghai Youzhu meterai MoU pengurusan sisa industri

Raja Shahreen Raja Othman (duduk, dua dari kiri) dan Presiden Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd, Yu Qiang (duduk, dua dari kanan) menandatangani MoU di antara Bina Darulaman Berhad & Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. sambil disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor ( berdiri, dua dari kiri) dan Exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Haim Hilman Abdullah (berdiri, dua dari kanan).

BINA Darulaman Berhad (BDB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat antarabangsa, Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. (Shanghai Youzhu) bagi pelaksanaan projek pengurusan sisa industri secara inovatif.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, usaha sama ini adalah selari dengan Teras 6 Pelan Pembangunan Kedah 2035 (PPK 2035) yang melibatkan kemampanan alam sekitar serta merupakan komponen penting kepada Pelan Strategik BDB.

Menurutnya, projek yang dicadangkan bukan sahaja selaras dengan aspirasi PPK 2035, tetapi turut mengambil kira aspirasi nasional dan global iaitu Dasar Kebersihan Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Usahasama ini bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran kedua-dua pihak dalam melaksanakan pengurusan sisa industri yang komprehensif, meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, menggalakkan pembangunan mampan serta memastikan pematuhan kepada garis panduan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sumber