Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran pertukaran asing memberi tumpuan kepada ketegangan geopolitik susulan serangan AS dan sekutunya ke atas Yemen baru-baru ini. Foto hiasan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran pertukaran asing memberi tumpuan kepada ketegangan geopolitik susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Yemen baru-baru ini.

Pada 9.07 pagi, ringgit merosot kepada 4.6470/6570 berbanding dolar AS daripada 4.6455/6500 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, serangan itu telah menyebabkan harga minyak mentah berada pada paras tinggi, dengan minyak mentah Brent meningkat kepada AS$78.17 setong daripada AS$76.8 setong sebelum serangan pada Khamis lepas.

“Hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun turut merosot sebanyak 10 mata asas kepada 4.14 peratus manakala pasaran derivatif kadar faedah telah meningkatkan harapan mereka untuk penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan AS pada Mac,” katanya kepada Bernama.

Sumber