NIDJI, BAKAL MENGGAMATKAN MIRI !

NIDJI, BAKAL MENGGAMATKAN MIRI !

Northbound Events, bekerjasama dengan Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis, dengan berbesar hati mengumumkan konsert yang mengagumkan, ‘Nidji: Pelangi Di Miri’, yang akan menggetarkan hati penonton pada 3 Februari 2024. Konsert ini akan menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, yang baru saja menyertai keluarga Nidji, dan diantisipasi membawa pengalaman baru kepada peminat setia di Miri dengan memimpin dalam kebolehan vokal yang luar biasa dan aura energik yang khas Nidji.

Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha mempromosi single terbaru mereka ‘insta famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘ Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.

Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman yang tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.