Ringgit cenderung naik berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit cenderung naik berbanding dolar AS minggu depan

RINGGIT dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati dengan cenderung untuk menaik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai dasar monetarinya.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan minggu depan adalah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 12-13 Disember yang akan memutuskan kadar faedah.

“Walaupun kebanyakan ahli ekonomi percaya Fed akan berpegang teguh dengan keputusan kadar faedahnya, angka plot titik yang dinanti-nantikan akan diperiksa dengan penuh teliti.

“Kami melihat mesyuarat FOMC yang akan datang bakal menjadi pemacu utama untuk mengukuhkan alasan bagi pengurangan kadar faedah pada 2024 dan sejauh mana Fed bersedia untuk mengurangkan dasar monetarinya dan seberapa rendah dan seberapa cepat ia boleh dilakukan.

Sumber