PTPTN sasar RM220 juta deposit Skim SSPN sempena BMS 2023

PTPTN sasar RM220 juta deposit Skim SSPN sempena BMS 2023

Pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent bergambar bersama Dr Mohamad.

Pemenang Pertandingan Simpan SSPN Got Talent bergambar bersama Dr Mohamad.

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan jumlah deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak RM220 juta sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 yang dilancarkan pada Sabtu.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai berdasarkan rekod pencapaian BMS sepanjang lima tahun penganjurannya sebelum ini.

Menurutnya, BMS 2023 membawa kelainan dari tahun sebelumnya apabila buat julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2023.

“BMS 2023 bertemakan “Robotik: Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan” dengan mengekalkan tagline1 Jom Jadi Superhero Anak Anda. Konsep ini amat signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi

Sumber