Konflik di Timur Tengah dijangka terus pengaruhi aliran ringgit

Konflik di Timur Tengah dijangka terus pengaruhi aliran ringgit

Dijangkakan ringgit akan terus mendapat sokongan daripada data makroekonomi terbaharu walaupun dalam senario ketidaktentuan di pasaran mata wang dan permintaan luaran. - Gambar hiasan

Dijangkakan ringgit akan terus mendapat sokongan daripada data makroekonomi terbaharu walaupun dalam senario ketidaktentuan di pasaran mata wang dan permintaan luaran. – Gambar hiasan

RINGGIT dijangka menyaksikan urus niaga yang mendatar minggu depan susulan ketegangan geopolitik berterusan di Timur Tengah yang kekal sebagai faktor penentu bagi pasaran mata wang, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, apa yang menjadi kebimbangan utama bagi peserta pasaran adalah sama ada konflik itu makin meruncing dan menyebabkan peralihan kepada mata wang yang dilihat sebagai selamat.

“Kita masih perlu menunggu untuk melihat sama ada keadaan pasaran menjadi lebih baik, tetapi setakat ini boleh dikatakan ketidaktentuan itu mungkin lebih ketara.

“Berikutan itu, kita menjangkakan pasaran mata wang kekal dalam pergerakan lebih terkawal pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Sumber