Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya

Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya

Model X90 dibangunkan bagi memenuhi segmen premium, moden serta keluarga.

Model X90 dibangunkan bagi memenuhi segmen premium, moden serta keluarga.

PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) pada Selasa mengumumkan X90 sebagai nama rasmi bagi kenderaan tenaga baharu pertamanya (NEV).

Model X90 itu adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiga Proton selepas X70 dan X50 dan dibangunkan bagi memenuhi segmen premium, moden serta keluarga.

Ketua Pegawai Esekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, kejayaan memperkenalkan X90 juga amat bermakna kerana dibuat ketika sambutan ulang tahun ke-40 Proton selain menjadi permulaan bagi kehadiran lebih banyak model NEV di masa-masa akan datang.

SUV X90 didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana.

SUV X90 didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana.

“Ini juga seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan generasi akan datang.

“Selain itu, ia juga membuktikan bahawa biarpun selepas empat dekad, Proton masih memainkan peranan utama dalam membangunkan industri automotif tempatan,” katanya pada majlis previu X90 untuk media di sini, pada Selasa.

SUV X90 yang didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana juga ditawarkan dalam enam warna iaitu putih, perak, kelabu, coklat, merah delima dan biru laut. – Bernama

Sumber