PROGRAM USAHAWAN KLUSTER BAHARU DARIPADA KALANGAN BEKAS BANDUAN

PROGRAM USAHAWAN KLUSTER BAHARU DARIPADA KALANGAN BEKAS BANDUAN

Selepas menamatkan latihan program I-Kembali selama setahun, Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK), Straits Millennium Sdn. Bhd. & Group, dan Ghullam Development Sdn. Bhd. hari ini menganjurkan Program Usahawan Kluster Baharu daripada kalangan bekas banduan, bekas penagih, orang kelainan upaya (OKU), dan belia bagi membantu kumpulan sasar kepada advokasi industri sebagai misi anjakan paradigma daripada ‘Kumpulan Marginal’ kepada ‘Aset Negeri’, selepas menjalani latihan program I-Kembali selama 12 bulan.

Hala tuju I-Kembali sebelum ini, menurut pengerusi PERGAK Dato Sri Siti Murni Sheikh Ahmad, adalah menempatkan peserta dalam industri Pembuatan, Perkhidmatan, Pembinaan, Pertanian, dan Perladangan, tetapi kali ini tumpuan adalah untuk menghasilkan kumpulan sasar ini menjadi industri dan usahawan tani.

“Untuk merealisasikan tujuan ini, pihak kami dengan kerjasama Straits Millennium Sdn Bhd akan melahirkan 100 usahawan Grocer Mart, pasaraya 100 peratus milik Bumiputera.

“Sasaran pada masa hadapan, pihak kami akan mensasarkan lebih ramai usahawan industry dalam pelbagai sektor seperti Kafe Food Truck, Perkhidmatan Auto Spa Kereta, Perkhidmatan Gunting Rambut dan Perkhidmatan Servis Penghawa Dingin,” katanya.

Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, merasmikan majlis tersebut.

Tan Sri Noh Omar memaklumkam dalam ucapan perasmiannya bahawa  Bajet 2022 yang dikeluarkan, Kerajaan telah memperuntukkan dana keseluruhan sebanyak RM5 bilion untuk golongan usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui jalinan dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

Dato Ahmad Fathiri Ahmad Fadzlah, Pengerusi Straits Millennium Sdn Bhd, turut hadir.

Siti Murni berharap kerajaan dan kementerian tidak melihat kempen advokasi industri dengan populasi sasaran melalui satu kaca mata.

Ini kerana, menurutnya, program advokasi industri sudah pun menunjukkan mereka boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan berhijrah agar dapat berintegrasi semula dalam masyarakat.

“Bukan mudah nak buat pembetulan kepada mereka. Dan bukan mudah untuk membawa mereka balik semula kepada masyarakat. Satu cabarannya bagaimana nak mendidik

mindset mereka, bagaimana nak settlement kelangsungan hidup mereka, dan bagaimana untuk saya mengatasi mereka mengikuti program saya selama 12 bulan.

“Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya dan saya pula telah merencanakan untuk mereka sebelum program ini bermula. Ini kerana saya memikirkan bagaimana nak menjadikan mereka usahawan baru di kalangan golongan sasar.

“Pada saya, mereka telah menjalani hukuman. Mereka telah ditindas lama. Jadi saya nak bawa mereka ke masyarakat dengan bertujuan mereka akan menjadi usahawan baru yang berjiwa besar dan boleh membantu pula yang lain.

“Saya juga berharap agensi-agensi di bawah kementerian Tan Sri, dapat membantu selagi mana yang boleh dalam melahirkan usahawan-usahawan berjaya dalam Program Usahawan Kluster Baru ini.”