PPIM berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan Media

PPIM berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan Media

Sejak penubuhan PPIM pada 14 Jun1997, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menjalin hubungan rapat dengan media lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media negara yang telah membantu PPIM mencapai matlamat dan memartabahkan pengguna Islam khususnya dalam negara ini.

Program PPIM yang mendapat liputan pihak media antaranya agihan bekalan makanan Zero Hunger, Radio Bernama, Infaq Rezeki, Boikot Coca-Cola, Forum Pengguna, Banteras Ah Long, Banteras Gores dan Menang serta beberapa program perbincangan isu semasa di televisyen.

PPIM mengajak rakan-rakan media untuk terus memperkuatkan jalinan Kerjasama agar lebih banyak usaha dapat diketengahkan demi kebaikan untuk rakyat. PPIM merupakan NGO pertama yang mampu menjalankan aktiviti mencegah dan menangani isu berkaitan penapisan haram atau Ah Long sejak sekian lama ia menjadi saluran suara untuk mengubah corak penggunaan umat islam.

“Segala kejayaan yang dicapai hari ini tidak dating dengan mudah tanpa cabaran dan akan sentiasa berdepan dengan pelbagai rintangan di masa akan dating”katanya.

Anak muda perlu menggunakan tenaga yang ada untuk memperjuangkan hak pengguna Islam dan melindungi negara dari apa jua yang bakal tiba dan harus melupakan keseronokkan yang melalaikan.

“Rakyat ada hak bersuara, jika ada yang kita lihat tidak kena kita wajib bersuara dan melakukan sesuatu, negara ini milik kita sama ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kedaulatannya” katanya.