ALIF SATAR & THE LOCOS x RAIHAN TAMPILKAN EP ‘THE SUNNAH THE BETTER’

ALIF SATAR & THE LOCOS x RAIHAN TAMPILKAN EP ‘THE SUNNAH THE BETTER’

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Penyanyi, pelakon dan pengacara nombor satu negara, Alif satar dan juga kumpulannya The Locos turut bersama-sama kumpulan nasyid  epik tanah air, Raihan, bakal mengimarahkan lagi bulan mulia Ramadan dengan sebuah EP khas yang bertajuk ’The Sunnah The Better’ diterbitkan secara istimewa oleh label rakaman yang terkenal, Warner Music Malaysia.

“ Sesungguhnya ia merupakan penghormatan besar buat kami, pemuzik pelapis, dapat bekerjasama dengan senior-senior dalam industri muzik Malaysia seperti Raihan, kita semua membesar mendengar lagu-lagu Raihan yang penuh dengan pengajaran dan peringatan sebagai umat Islam, dan melalui kolaborasi ini, kami ingin menghidupkan semula semangat  tersebut dan mengembalikan nostalgia lagu-lagu berunsur spiritual sekaligus memperkenalkan Raihan kepada generasi muda sekarang,” jelas Alif Satar.

 Untuk pengetahuan semua, Alif Satar pernah bekerjasama dengan Raihan sebelum ini dalam rakaman lagu ‘#Sesungguhnya2019’ dan ‘Damba CintaMu’ yang  telah mendapat sambutan yang hebat daripada penggemar muzik. Kini, Alif & The locos telah bersama memulakan langkah mereka dengan mengeluarkan EP yang mempunyai 5 hits terbaik Raihan dalam bentuk audio yang akan dimuatnaik di laman Youtube bermula 1 April ini, antaranya ialah ‘Bismillah’, ‘25 Rasul’, ‘Puji-pujian x Syukur Medley’, ‘Assolatuwassalam’ dan ‘Rayuan Rindu’. Muzik videonya (MV) pula akan dimuatnaik secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Apabila Alif ditanya mengapa Raihan, Alif menjawab, “ Kami semua peminat Raihan sedari kecil lagi, kebanyakan lagu mereka kami sudah hafal by heart. Kami juga pernah bekerjasama sebelum ini , jadi chemistry yang ada memudahkan lagi proses rakaman.

“ Setelah berbulan perbincangan, kami mengambil keputusan untuk memulakan sesi rakaman yang hanya memakan masa selama 2 hari sahaja, dan apa menariknya, setiap lagu yang dihasilkan hanya ‘sekali jalan’, maksudnya tiada pengubahsuaian mahupun rakaman semula ibarat nyanyian secara langsung yang bertempat di Drum Asia, Kota Damansara.”

Alif juga berkongsi bahawa menitiskan air mata kerana dapat berkolaborasi merakam lagu bersama Raihan yang sangat legendaris dalam genre nasyid. Katanya, “Lagu-lagu Raihan amat menyentuh perasaan  dan penuh kesedaran, bukan saya seorang sahaja yang terasa sebaknya, bahkan anggota The Locos juga turut menitiskan air mata, dan perasaan kebersamaan atau ukhwah itu jelas terasa.

Alif & The Locos

Raihan merupakan sebuah nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum kerana mereka sudah lama berada dalam industri Muzik Malaysia, bahkan di luar negara, lagu-lagu ciptaan mereka yang mempunyai unsur ketuhanan dan  kerohanian tersebar luas di seluruh dunia kerana lagu-lagu mereka penuh dengan nasihat dan panduan yang berguna.

“Banyak yang kami pelajari dari mereka, agak gementar juga ketika mula-mula hendak bekerjasama, yalah mereka sudah bertaraf antarabangsa. Namun begitu, mereka tetap merendah diri dan tetap lokek berkongsi ilmu selain menerima cadangan-cadangan kami.’

“ Ada beberapa kelainan yang kami tonjolka melalui EP ini, jika sebelum ini kebanyakan lagu-lagu raihan dibawakan secara acapella, pada kali ini kami ada memasukkan bunyi-bunyian dari alatan muzik, manakala Che Am dan saya bertindak selaku ketua vocal.”

“Tidak banyak yang diubah kerana komposisi terdahulu sudah cukup sempurna agar mood yang dibawakan tidak lari dari bunyi yang asli. Selain itu, ahli The Locos juga turut menyumbangkan suara mereka selaku penyanyi latar.”

 Zaidan Zainuddin dari Shutterspeak Studio yang mengarahkan kesemua MV The Sunnah The Better yang akan menampilkan konsep yang ringkas tetapi menarik dengan jalan cerita yang mudah difahami oleh setiap lapisan umur kerana tujuan utamanya adalah memberi nasihat melalui lagu yang disampaikan.

Alif & The Locos bersama kumpulan Raihan

“Tujuan utama kami menghasilkan EP ini adalah untuk menghibur dan menbawakan mesej-mesej berguna dengan jujur dan ikhlas. Semoga ramai dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan sama-sama kita meriahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan mendidik anak-anak melalui konsep edutainment ini, dan kami juga ingin mengajak mereka yang bukan beragama Islam untuk turut mendengar dan secara tidak langsung dapat belajar tentang agama Islam,” akhiri Alif.

Tambahan pula, Alif Satar dan kumpulannya mengucapkan ribuan terima kasih  kepada seluruh Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al-Falah Subang Jaya kerana memberi kerjasama dan membenarkan mereka membuat rakaman video muzik di masjid tersebut.

Kesemua MV EP boleh ditonton secara berperingkat yang dimuatnaik di saluran Youtube Alif Satar  pada waktu jam 5.00 pagi iaitu waktu sahur bagi umat Islam pada bulan Ramadhan seperti berikut:

  1. 3 April 2022: Bismillah
  2. 7 April 2022: 25 Rasul
  3. 13 April 2022: Pujian-pujian + Syukur (Medley)
  4. 19 April 2022: Assolatuwassalam
  5. 24 April 2022: Rayuan Rindu

Buat pengetahuan semua lagu-kagu tersebuat boleh dimuat turun di iTunes dan boleh dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari pada bila-bila masa sahaja melalui aplikasi penstriman talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox dan juga Youtube Music mulai 1 April 2022.

Turut serta pautan link EP, The Sunnah The Better: https://WMM.lnk.to/TheSunnahTheBetter.