MESTI ramai yang geram dan naik angin apabila kucing liar yang muncul di kediaman anda tiba-tiba kecing atau berak merata-rata hingga meninggalkan bau yang busuk.
Pasti ramai yang pernah mencuba petua mengisi air sirap dalam botol, namun langkah itu tidak membuahkan hasil.
Pun begitu, anda jangan risau. Ada cara bagi menghalang perbuatan kucing itu.
Bahan-bahan:
1) Cuka (7 ke 8 titis)
2) Pelembut kain (1/4 penutup)
3) Air (hingga penuh botol)
Cara-caranya:
Masukkan cuka, pelembut kain dan air ke dalam bekas semburan dan goncangkan. Kemudian semburkan bancuhan ini di tempat yang menjadi sasaran kucing untuk kencing dan berak. Lakukan secara konsisten, InsyaALLAH anda dapat lihat hasilnya. Selamat mencuba!
Sumber: Ella Ahmad