Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia

Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia

Bagi merancakkan pembangunan ekonomi akar umbi, Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) merancang untuk mewujudkan 222 pusat khidmat usahawan di setiap daerah parlimen di seluruh negara, termasuk pembinaan dan pelancaran Grocer99 mart.com.

Selain itu, menurut Tengku Adena Tengku Abdullah, presiden pertubuhan itu, penubuhan projek pertama telah menunjukkan bahawa banyak perniagaan tempatan mengeluarkan barangan dan mampu untuk dibawa ke hadapan. Dengan pusat perkhidmatan dan kedai Grocer99, setiap kawasan parlimen akan mempunyai pusat pemantauan untuk pendidikan, pertumbuhan ekonomi, dan perniagaan keusahawanan.

Antara objektif utama Grocer99 mart, menurut beliau, adalah untuk menyediakan peluang pasaran sedia ada kepada pengusaha produk makanan sejuk beku halal Islam bumiputera, serta membantu usahawan dalam menaik taraf perusahaan mereka dengan meningkatkan pengeluaran. Serentak dengan itu, dapat membangunkan produk makanan halal berasaskan pertanian dan perikanan agar dapat berkembang ke pasaran tempatan dan seluruh dunia.

“Konsep dan idea yang di ilhamkan oleh Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj ini telah berjaya terhasil dengan pembukaan cawangan pertama di seksyen 22 Shah Alam dan bakal dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Puteri Dato’ Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang juga merupakan Penaung Kehormat DiRaja MEEDC Malaysia dan akan berlangsung pada 29 Mei 2022 ini. Dengan sasaran utama pembinaan Grocer99 mart.com di seluruh negeri dan di setiap Wilayah Parlimen projek ini dengan jangkaan akan berada di bursa Malaysia pada tahun 2026.

“Melalui program ini, usahawan yang berhasrat untuk membina syarikat akan dibimbing sehingga mereka mampu membina legasi perniagaan yang boleh diwarisi,”

MEEDC telah ditubuhkan dengan jelas sebagai satu focus yang utama untuk pemantauan antarabangsa, perancangan, pembangunan perniagaan, dan keusahawanan negara.

“Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Islam dibawah projek Grocer99 Mart.com bakal membuka peluang kepada lebih banyak IKS untuk maju terus kehadapan membina idea dan perniagaan yang lebih berdaya saing.

Slogan, Halal Itu Wajib, menunjukkan betapa seriusnya MEEDC dan program Grocer99 mart.com untuk meningkatkan jenama ini ke peringkat Bursa Malaysia@IPO.

“UNITED WE GROW THE NATION”