Syarikat farmaseutikal Jardin Pharma Berhad dilancarkan

Syarikat farmaseutikal Jardin Pharma Berhad dilancarkan

JARDIN Pharma Berhad iaitu sebuah sebuah syarikat farmaseutikal milik 100 peratus bumiputera telah dilancarkan di Magica Hall, Star Avenue di sini pada Ahad.

Majlis itu disempurnakan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Ketua Komunikasi Jardin Pharma Berhad, Abdul Raof Ahmad berkata, Jardin Pharma mengadakan pameran syarikat dan produk keluaran Jardin Pharma pada majlis itu.

“Enam produk baharu turut diperkenalkan iaitu, Jardin Kids Natural Gummy Vitamin C, Jardin Kids Natural Gummy Honey Soothe, Jardin Kids Natural Gummy Multivitamin, Jardin Kids Natural Gummy Immune Booster, Jardin Kids Natural Gummy Brainiax dan Jardin Kids Natural Gummy Probiotic.

“Produk Jardin Kids ini merupakan makanan tambahan berasaskan bahan semulajadi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, syarikat turut mengeluarkan ubat gigi kanak kanak dan dewasa yang mengandungi probiotik serta ekstrak tumbuhan bagi penjagaan mulut, gigi dan gusi.

Untuk rekod, Jardin Pharma Berhad ditubuhkan pada Jun 2021 dengan objektif penubuhan bagi menghasilkan ubat-ubatan yang novel serta halal, berasaskan bahan-bahan alami.

Jardin Pharma juga mempunyai kilang kosmetik yang telah mendapat pengiktirafan GMP serta sebuah kilang mendapat pensijilan ISO 13485 (MDA – Medical Device Authority).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber