Persatuan Kebajikan Bekas Tahanan Bakal Dilancarkan

Persatuan Kebajikan Bekas Tahanan Bakal Dilancarkan

Baru-baru ini telah diadakan perjumpaan  buat julung kalinya Persatuan Kebajikan Bekas Tahanan pada 19 Jun 2022 bersamaan hari Ahad di Shah Alam, Selangor. Perjumpaan dihadiri Pengerusi persatuan tersebut dan beberapa ahli teratas untuk membincangkan hala tujuan persatuan tersebut.

Persatuan ini telah mula ditubuhkan pada 8 Mac 2022 dan mempunyai lebih kurang 100 ahli yang telah berdaftar. Persatuan tersebut ditubuhkan untuk bekas tahanan yang ingin berubah kearah kebaikan.
Seperti yang dikatakan Pengerusi Persatuan “Saya berterima kasih kepada pihak PDRM iaitu Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai yang hadir pada perjumpaan ini kerana memberi peluang untuk kami mengadakan pertemuan ini.” Persatuan ini akan memberi Kerjasama kepada pihak PDRM dan akan memastikan bekaa tahanan akan sentiasa melakukan perkara yang baik.

Setiausaha Pengerusi Persatuan tersebut Muhamad mengatakan bahawa tujuan pertubuhan ini adalah untuk menjaga kebajikan ahli bekas tahanan persatuan ini. Ia juga ingin mengajak generasi muda untuk tidak terlibat dalam perkara yang melanggar undang-undang negara. Seprti yang dicadangkan oleh pihak PDRM, Persatuan ini akan melakukan aktiviti kaunseling untuk pelajar-pelajar sekolah khususnya di Negeri Selangor. Selain itu, Persatuan ini akan menghubungi Biro Aduan Awam untuk dokumentasi, Biro Pinjaman dan Kemudahan dan beberapa Biro lagi untuk mendapatkan kemudahan bagi ahli persatuan ini.

Persatuan ini juga ingin mengajak lebih ramai bekas tahanan yang belum berdaftar untuk mendaftar di Botanical South Club atau boleh terus menghubungi 016-3965874 atau 016-3264074 untuk mendapatkan lebih maklumat.