KEMBARA BAKAL KEMBALI LAGI SELEPAS 8 TAHUN DENGAN KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA

KEMBARA BAKAL KEMBALI LAGI SELEPAS 8 TAHUN DENGAN KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA

Lapan tahun bukanlah jangka masa yang sekejap untuk sebuah rindu yang meranum. Kali terakhir pada tahun 2014 kumpulan kembara telah muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur. Kemudian dengan konsert yang meninggalkan 1001 kenangan, turut berbekas kerinduan terhadap lagu-lagu rakyat serta perjuangan mereka itu.

Shiraz Projects Sdn Bhd tahun ini telah memikul tanggugjawab melunaskan kerinduan tersebut dengan membawakan KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Konsert ini bakal bermula pada pukul 8.30 malam. Konsert ini menghimpunkan tenaga dan kehebatan Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vocal), Rahman Suri (bass), SHAHRUM Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akan turut mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, pihaknya sudah lama mengimpikan untuk bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat akhirnya bakal terlaksana juga pada Julai ini.

“Perbincangan dan perancangan konsert ini sudah bermula sebelum pandemik lagi dan kami akur dengan keadaan yang melanda”

“Untuk tahun ini, kami sangat bersemangat untuk membawakan lagu-lagu Kembara berkumandang di dewan berprestij iaitu Dewan Plenari. Pastinya Kembara akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para pendengar”.

“Mengapa konsert ini diberi judul Kembara Panorama Jingga : 1444 Hijrah?

Para peminat setia pasti tahu namun untuk sebuah kepastian dan ‘surprise’ yang lebih menyenangkan, penonton wajib datang ke konsert ini kelak,” tambah Shiraz memberikan ‘hint’ tentang sesuatu yang bakal terjadi di konsert itu kelak.

Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) akan mula dijual pada 2pm, 10 June 2022. Tiket boleh dibeli di www.myticket.asia

Konsert Panorama Jingga 1444 tesebut disifatkan akan mengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an dan akan juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali muzik Kembara dengan akrab lagi dengan persembahan ‘live’ yang bertenaga yang bakal mereka bawakan.

Ikuti KEMBARA KONSERT PANORAMA JINGGA di Instagram shirazprojects , Facebook shirazprojects