Noorkhiriah kini duta rasmi Vieura

Noorkhiriah kini duta rasmi Vieura

KUALA LUMPUR – Jenama pengeluar minuman kesihatan terkenal, Vieura Group Sdn Bhd (Vieura) melantik pelakon berkaliber Noorkhiriah Ahmad Shapie sebagai duta rasmi produk syarikat terbabit.

Noorkhiriah, 44, menjadi duta rasmi selama setahun dan satu perjanjian juga dibuat dalam majlis yang diadakan di ibu negara.

Pengasas Vieura, Ahmada Muazzam Muhammad Tasaki Kamarsyahberkata, Noorkhiriah dipilih kerana pihaknya melihat pelakon ini mudah mendekati golongan wanita dan kepetahannya dalam berkomunikasi.

“Sebelum ini kami menggunakan lelaki, tiba masanya untuk bertukar kepada wanita pula. Lebih mudah dia mendekati golongan wanita yang lebih berusia.

“Saya juga melihat dia mempunyai kebolehan bercakap. Ini memudahkan ketika berjumpa dengan pelanggan,” katanya dalam satu sidang media memperkenalkan Noorkhiriah sebagai duta rasmi produk pada Jumaat.

Vieura sebelum ini pernah melantik penyanyi popular Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi sebagai duta rasmi produk.

Antara rangkaian produk popular milik syarikat itu adalah jus Al-Wiqoyah dan G-Asfal yang membantu individu mengalami masalah komplikasi buah pinggang, darah tinggi, kencing manis selain mengembalikan tenaga kepada pengguna.

Ahmada yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Vieura turut berharap Noorkhriah dapat membantu pihaknya mendekati pelbagai golongan masyarakat di negara ini.

Siri jelajah

Ahmada bersama Noorkhiriah menandatangani kontrak pada majlis
memperkenalkan Duta Vieura yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ahmada bersama Noorkhiriah menandatangani kontrak pada majlis
memperkenalkan Duta Vieura yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mengulas mengenai strategi mempromosikan produk Vieura, Ahmada berkata pihaknya akan mengadakan jelajah di setiap daerah bersama Noorkhiriah.

Bagaimanapun katanya, jumlah mereka yang akan menyertai jelajah berkenaan akan dihadkan antara 30 hingga 40 orang memandangkan kes Covid-19 di negara ini meningkat.

Selain itu katanya, Vieura juga akan membuat perkongsian berkaitan pemakanan pada setiap minggu menerusi dalam talian (online).

“Akan ada ‘zoom meeting’ bersama pakar nutrisi yang akan berkongsi tentang bagaimana untuk mengamalkan pemakanan yang sihat setiap minggu. Kami juga merancang mengadakan lebih banyak kerjasama dengan klinik kesihatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ahmada pada tahun ini pihaknya menyasarkan untuk menambah kepada 30,000 wakil jualan di seluruh negara berbanding 10,000 wakil sedia ada.

Baginya, dengan penambahan wakil jualan jenaman Vieura dapat diperluaskan dan orang ramai memanfaatkan produk jus Al-Wiqoyah dan G-Asfal di samping membantu wakil jualan memperoleh pendapatan.

“Masih ramai yang tidak tahu tentang jus Al-Wiqoyah dan G-Asfal, siri jelajah dan penambahan wakil jualan adalah strategi kami,” katanya.

Sedia galas amanah

Selebriti, Noorkhiriah ketika majlis memperkenal Duta Vieura.

Selebriti, Noorkhiriah ketika majlis memperkenal Duta Vieura.

Noorkhiriah ketika mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta rasmi, menyifatkannya sebagai satu tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh ALLAH untuk bersama-sama Vieura dan apa sahaja produk yang dikeluarkan syarikat ini.

“Dengan berlapang dada, saya terima tanggungjawab ini. Saya akan buat betul-betul dan tidak akan main-main sebab ini adalah amanah dan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

Menurut Noorkhiriah, sebelum ditawarkan menjadi duta beliau telah mencuba salah satu produk Vieura iaitu G-Asfal selama dua bulan.

“Saya sudah amalkannya, alhamdulillah. Apa yang boleh saya cakap ia sangat-sangat memberi tenaga.

“Memang baik untuk dalaman tetapi kita kena amalkan secara istiqamah. Apa sahaja dalam hidup kita, kena amalkan, insya-ALLAH akan nampak hasil,” jelasnya.

Sementara itu katanya, bagi membolehkan lebih ramai orang menggunakan produk Vieura, dia akan berkongsi di media sosial miliknya.

“Di Instagram, setiap hari mereka yang ‘follow’ saya boleh Nampak kemunculan saya. Setiap hari saya berkongsi mengenai produk Vieura.

“Jika ke lokasi penggambaran, saya juga akan bercerita tentang kebaikan jus Al-Wiqoyah dan G-Asfal kepada rakan-rakan dan kru.

“Kebetulan mereka rajin bertanya tentang rutin pengambilan pemakanan yang saya amalkan. Jadi, ini salah satu cara untuk saya berkongsi kebaikan produk yang saya amalkan. Kejayaan mereka adalah kejayaan saya juga,” katanya.

PROFIL

Ahmada Muazzam

Ahmada Muazzam

Nama: Ahmada Muazzam Bin Muhammad Tasaki Kamarsyah

Nama syarikat: Vieura Group Sdn Bhd (Vieura)

Produk: Al-Wiqoyah, G-Asfal dan Vigrow Plus

Wakil jualan:10,000 orang

FB Page: Vieura HQ

Instagram: vieurahq_

Website: vieura.my

Nombor telefon: 01125654667/0179213409/0142164877

Pelantikan rasmi duta baharu: Bermula 1 Februari 2022

Sumber