Nims sertai Iftar Ala-Madinah@Karangkraf

Nims sertai Iftar Ala-Madinah@Karangkraf

SHAH ALAM – Nims Adeliciousz Sdn Bhd meraikan pengunjung Iftar Ala-Madinah @Karangkraf dengan menyumbang makanan kepada pengunjung yang hadir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, ia merupakan pengalaman pertama Nims menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan Karangkraf.

“Kami sebenarnya teruja sumbangan ini mewakili krew pekerja, stokis, leader untuk bersama-sama meraikan pengunjung yang hadir pada iftar di Karangkraf ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Norhanim berkata, pihaknya turut menjemput anak-anak dari Rumah Halo Prihatin Jalinan Kasih, Cheras untuk sertai iftar kali ini.

“Nims sememangnya aktif dengan kerja kebajikan melalui ‘Nims Care For you’.

“Melalui medium ini, syarikat mengeluarkan bajet untuk pelbagai program amal yang dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan terbaharu kita meraikan Rumah Safiah di Puncak Alam khas untuk asnaf,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sumbangan kepada program iftar kali ini, beliau berkata setiap pengunjung berpeluang berbuka Nims Crispy Choco Tub.

“Setiap pengunjung hari ini diberikan Nims Crispy Choco Tub secara percuma,” katanya.



Sumber