Kerjasama Prasarana bersama BLINK: Penggunaan Transaksi Tanpa Tunai Untuk Kemudahan Pengguna

Kerjasama Prasarana bersama BLINK: Penggunaan Transaksi Tanpa Tunai Untuk Kemudahan Pengguna

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah bekolaborasi dengan BonusKad Loyalty (BonusLink) di mana para pengguna boleh membeli pas perjalanan tanpa had My50 di atas talian dan aplikasi BonusLink yang dikenali sebbagai BLINK boleh membuat transaksi tanpa tunai .

Kolaborasi ini telah dilancarkan oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Encik Melvin Ooi, di dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Prasarana kini telah meningkatkan kemudahan kepada para pengguna dengan menyediakan alternatif bagi pembelian pas tanpa had My50 yang sebelumnya ini dibeli secara tunai di stesen-stesen dan hab-hab yang terpilih.

Azharuddin berkata kolaborasi bersama BonusLink merupakan titik permulaan bagi Prasarana bergerak segera agresif untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna atau customer experience sejajar dengan hasratnya untuk menarik semula minat orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam. Setakat ini, Rapid Kl mencatatkan jumlah penumpang harian (hari bekerja) seramai 500, 000 orang

“Aplikasi BLINK yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Playstore ini boleh dimanfaatkan oleh para pengguna untuk membeli terus pas perjalanan My50 melalui tranksaksi atas talian dan tanpa tunai. Jika sebelumnya pengguna perlu membuat pembelian secara tunai di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL, sekarang hanya dihujung jari menerusi aplikasi BLINK” Ujar Azharuddin.

Kolaborasi ini akan bermula 15 Mei 2022 secara rintis dan bukti konsep selama tiga bulan, dan BLINK akan digunakan sebagai landasan utama bagi pembelian dan penebusan mata atau loyalty points sebagai Ahli BonusLink. Dimiliki bersama oleh syarikat-syarikat gergasi Shell, AmBank dan Parkson. Dengan pas perjalanan My50, para pengguna boleh menaiki semua aset-aset Rapid KL seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT di Lembah Klang selama 30 hari tanpa had.

Kami telah melalui suatu cabaran yang begitu sukar kebelakangan ini disebabkan oleh pandemik covid 19. Namun, cabaran ini telah memberi peluang untuk kemajuan sektor utama ekonomi negara, dan kami di BonusLink percaya bahawa Kerjasama dengan Prasarana ini adalah permulaan yang baik untuk ahli-ahli BonusLink dan pengguna rangkaian pengangkutan awam Prasarana dalam menyediakan kemudahan tambahan untuk perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia,” ujar Ooi.

“jika mendapat sambutan yang menggalakkan, fasa kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen Rel dan Bas Kendalian Rapid KL. Ia juga akan dipertingkatkan dengan mengembangkan saluran jualan atas talian dan tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana” tambah Azharuddin

Untuk keterangan lanjut mengenai kolaborasi ini, para pengguna boleh melayari website rasmi Rapid KL di myrapid.com.my dan website rasmi BonusLink di www.bonuslink.com.my