Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Rabu dengan sebanyak 23 lot telah diniagakan.

Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Rabu dengan sebanyak 23 lot telah diniagakan.

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Rabu dengan sebanyak 23 lot telah diniagakan.

Kontrak bulan semasa April 2023 berada pada AS$2014.20 setiap troy auns (AS$1=RM4.41) berbanding paras AS$2,007.90 setiap troy auns pada Selasa.

Selain itu, kontrak masing-masing bagi Mei 2023, Jun 2023, Julai 2023 dan Ogos 2023 berjumlah AS$2024.00 setiap troy auns daripada AS$2,017.70 troy auns sebelum ini.

Harga fizikal emas pula pada AS$2,002.70 setiap troy auns sebagaimana diterbitkan dalam penetapan petang oleh pihak London Bullion Market Association pada 11 April, 2023. – Bernama

Sumber