MUZIK MUZIK 38 LEBIH DINAMIK BERSAMA IZZUE ISLAM

MUZIK MUZIK 38 LEBIH DINAMIK BERSAMA IZZUE ISLAM

Kedudukan mingguan lagu-lagu teratas Malaysia, yang dikeluarkan oleh TV3, kini berada dalam edisi ke-38 rancangan hiburannya! Setiap Ahad tengah hari di TV3, bermula 2 April, Muzik Muzik 38 menjanjikan lebih seronok dengan wajah baharu, Izzue Islam, streaming secara langsung dalam HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Program ini setia membawa lagu-lagu terbaik ke dalam carta melalui undian peminat mingguan.

Selebriti serba boleh Izzue Islam yang pernah mengacarakan program hiburan TV3 seperti Melodi dan I Can See Your Voice 5 kini bakal mengemudikan program Muzik Muzik yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Terbaharu kali ini, edisi Muzik Muzik 38 juga bakal memaparkan segmen khas untuk para peminat industri muzik tempatan melalui segmen Muzik Mania.

Segmen terbaharu Muzik Mania pasti akan menarik perhatian para penggemar konsert tempatan. Dalam segmen ini, Muzik Muzik 38 akan menampilkan jemputan khas daripada pemuzik tanah air untuk berkongsi tentang info terkini dan konsert yang bakal berlangsung di dalam negara. Lebih istimewa lagi, penonton juga dapat merebut peluang untuk memenangi tiket untuk ke acara-acara muzik yang dianjurkan melalui segmen Muzik Muzik tersebut.

Antara segmen lain yang terus disajikan di program ini adalah sesi temu bual studio bersama artis jemputan secara santai, pencalonan baharu mingguan, dan carta lagu mingguan yang diundi oleh para penggemar muzik. Studio Muzik Muzik juga dirancakkan dengan persembahan nyanyian lagu siulan ramai yang memasuki carta. Teruskan menonton Muzik Muzik dan mengundi lagu kegemaran anda untuk ditandingkan di acara muzik berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu.

Sidang produksi Muzik Muzik 38 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Ismail sebagai Penerbit, manakala Izzue Islam tampil sebagai hos terbaharu program.

Teruskan menonton Muzik Muzik 38 untuk mendapatkan carta lagu terhangat di Malaysia setiap hari Ahad, pukul 12.00 tengahari di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.