Musyrik – Api Neraka Menantimu! Bakal Menjengah Pawagam Pada 7 Julai Depan

Musyrik – Api Neraka Menantimu! Bakal Menjengah Pawagam Pada 7 Julai Depan

Aril mempunyai sikap mudah pansa baran terutama sekali apabila perniagaannya di timpa masalah berpunca dari orang kepercayaannya sendiri. Rumah tangga Aril mula menjadi porak peranda sehingga mampu bertindak di luar kawalan apabila ada sesuatu yang mendampingi dirinya. Masalah yang datang kepada Aril mempunyai kaitan tentang kisah silam hidupnya dalam mengamalkan perbuatan Syirik.

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu bakal menampilkan pelakon popular Ashraf Muslim, Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama. Turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Mengulas mengenai filem genre seram itu, Ashraf berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan.

Menurutnya lagi, “saya sudah lama tidak berlakon cerita bergenre seram. Aoa yang lebih mencabar apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam.”

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! Mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem disiarkan jam 6 petang pada 15 Jun lalu menerusi saluran Youtube/WhiteMerpatiMovies.

Trailer Filem Musyrik