MR DIY tawar diskaun 30 peratus untuk 60 produk

MR DIY tawar diskaun 30 peratus untuk 60 produk

Diskaun harga sehingga 30 peratus bagi lebih daripada 60 produk dari pelbagai jenama di cawangan-cawangan dan dalam talian sempena ulang tahun ke-18

Diskaun harga sehingga 30 peratus bagi lebih daripada 60 produk dari pelbagai jenama di cawangan-cawangan dan dalam talian sempena ulang tahun ke-18

PERUNCIT perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR DIY (M) Berhad menawarkan diskaun harga sebanyak 30 peratus bagi lebih 60 produk daripada pelbagai jenama pada bulan Julai ini sempena ulang tahun ke-18.

Ketua Pemasaran MR DIY, Alex Goh berkata, tawaran tersebut termasuk termasuk alat elektrik, barangan keperluan rumah,aksesori kereta, peralatan sukan, alat tulis, makanan dan minuman di semua cawangan termasuk dalam talian.

Menurutnya, pihak syarikat turut menyediakan peraduan dengan menampilkan jongkong emas 5 gram rekaan khas MR DIY yang pertama.

Produk soket sambungan 4-gang (5m) pada harga RM26.90 (harga biasa: RM39) dan paip sinki dinding fleksibel pada harga RM31 (harga biasa: RM45).

Produk soket sambungan 4-gang (5m) pada harga RM26.90 (harga biasa: RM39) dan paip sinki dinding fleksibel pada harga RM31 (harga biasa: RM45).

“Berita baik buat golongan belia yang layak untuk Kempen eBelia Rahmah RM200 mereka boleh menggunakan kredit eCash mereka di cawangan MR DIY, MR DOLLAR dan MR TOY.

“Mereka turut menerima pulangan tunai RM2 apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM40 menggunakan aplikasi e-dompet Boost atau Touch n Go (TNG),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarv Alex, seiring dengan janji ‘always low prices’ mereka telah menyusun pelbagai acara, tawaran dan promosi menarik sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan sejak sekian lama.

Permula sebagai sebuah perusahaan perkakas tradisional tunggal di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kini, MR DIY mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 1,100 cawangan.

Permula sebagai sebuah perusahaan perkakas tradisional tunggal di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kini, MR DIY mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 1,100 cawangan.

Tambahnya, syarikat akan terus melaksanakan misi sebagai peruncit pilihan ramai dengan menyediakan keperluan asas harian yang berkualiti kepada rakyat Malaysia dan memastikan setiap lokasi mudah dikunjungi.

“Bagi pihak Kumpulan MR DIY mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap kejayaan dan menjadikan kami sebagai sebuah ikon tempatan.

“Kami tidak akan berada di sini tanpa usaha berterusan lebih 16,500 pekerja di seluruh negara dan sokongan serta kesetiaan pelanggan,” katanya.

Sumber