MR. D.I.Y. tawar hadiah bernilai RM25,000

MR. D.I.Y. tawar hadiah bernilai RM25,000

Dua pelanggan MR. D.I.Y cuba bermain permainan 'Bounce & Bingo'.

Dua pelanggan MR. D.I.Y cuba bermain permainan ‘Bounce & Bingo’.

KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) melalui permainan anjurannya, Kejohanan Permainan ‘Bounce & Bingo’ menawarkan hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah lain bernilai sehingga RM25,000.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, untuk menyertai permainan itu, pelanggan hanya perlu mengunjungi cawangan-cawangan MR D.I.Y. PLUS berdekatan mereka.

Menurutnya, kejohanan itu terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat satu; ‘Kejohanan Peringkat Negeri’ adalah untuk mencari 16 pasukan untuk mewakili setiap negeri.

“Permainan yang terbuka kepada semua ini memerlukan para peserta untuk bertanding dalam masa dua hari dari 3 hingga 4 November 2023 di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. PLUS di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan bermula 4 hingga 5 November 2023 di cawangan-cawangan MR. D.I.Y. PLUS di negeri-negeri lain.

Sumber