Menteri Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan Pelan Esukan Nasional untuk membina ekosistem Esukan yang rancak, mampan dan inklusif di Malaysia

Menteri Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan Pelan Esukan Nasional untuk membina ekosistem Esukan yang rancak, mampan dan inklusif di Malaysia

Kuala Lumpur – Esports Integrated (ESI) adalah sebuah inisiatif baru daripada Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) yang dikuasakan oleh Impact Integrated – telah mengumumkan Pelan Esukan Nasional
semasa sidang media hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, selepas merasmikan acara
tersebut berkata, “KBS telah menyerahkan mandat kepada Impact Integrated untuk menerajui ESI bagi
memangkin pertumbuhan industri Esukan yang rancak, mampan dan inklusif di Malaysia. Dengan pembangunan
Esukan yang rancak di rantau ini, inisiatif ini bukan sahaja dapat mewujudkan peluang untuk meningkatkan
kemahiran belia, tetapi juga menyediakan platform untuk belia mengembangkan dan menaiktaraf industri
Esukan di negara ini.”

Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated dalam kenyataannya berkata, “ESI akan
mewujudkan ekosistem Esukan yang rancak, mampan dan inklusif serta membolehkan pertumbuhan,
memastikan perlindungan dan memupuk kepelbagaian untuk pemain Esukan dari segenap pelosok tanah air.

Dengan fokus untuk membina sebuah struktur yang bersepadu, ESI akan melancarkan inisiatif-inisiatif berikut:

  1. Sebuah platform digital yang digunakan sebagai pusat ekosistem Esukan negara merangkumi fungsi
    ‘tournament engine’ secara atas talian.
  2. Melancarkan Litar Esukan Malaysia yang terdiri daripada Kejohanan Esukan Malaysia dan Liga Esukan
    Malaysia dengan sistem pengumpulan mata yang berpusat di platform.
  3. Menjalankan Siri Persidangan Esukan sebagai acara tahunan dengan edisi pertama yang dijadualkan
    pada akhir tahun ini. Persidangan selama 2 hari tersebut bertujuan menyediakan peluang
    mengembangkan rangkaian dan berfungsi sebagai platform yang digunakan untuk perbincangan,
    menuju ke sidang kemuncak skala yang lebih besar yang menarik pelaku industri serantau pada tahuntahun yang akan datang.
  4. Menyokong rangka kerja dan garis panduan yang lebih baik untuk mendorong perubahan positif dalam
    industri

Sebahagian daripada rancangan jangka masa panjang untuk Pelan Esukan Nasional, ESI juga akan menjalankan
program Pembangunan Kapasiti yang dijadualkan bermula pada tahun 2021 di mana program ini akan memberi
tumpuan yang lebih baik kepada Penganjur Kejohanan, Penganjur Acara, Pengurus Pasukan dan Jurulatih untuk
menaiktaraf industri Esukan profesional negara.

ESI juga mendedahkan bahawa mereka akan membina sebuah hab Esukan rasmi milik KBS di Spacerubix,
Puchong. Dijangka siap dibina pada tahun 2021, hab tersebut bukan sekadar tempat kejohanan atau acara
sahaja, malah ia akan menjadi pusat latihan bagi pemain amatur dan profesional, jurulatih serta pemain industri.

Melalui inisiatif ini, ESI dapat mengumpulkan pemain, penganjur, penaja dan pembangun permainan yang
mampu menggiatkan pertumbuhan Esukan di seluruh Malaysia. ESI turut bekerjasama dengan beberapa rakan
kolaborasi termasuklah Malaysia Electronic Sport Federation (MESF), Techninier, eGG Network, VC Media &
Consultancy (VCMC) dan Geek Fam.

Diadakan di Majestic Hotel Kuala Lumpur, majlis tersebut diakhiri dengan pertunjukan amal yang melibatkan
pemain Esports teratas negara Mobile Legends: Bang Bang yang disiarkan secara langsung di laman Facebook
ESI. Antara pemain yang turut serta termasuk Mohamad Haqqani Bin Jaffar (Jepv), Mohd Zul Hisham Bin Mohd
Noor (Xorn), Amirul Shafiq Bin Mohd Amir (Feekz), Poon Kok Sing (Veki), Natasha Hidayah binti Hashim
(Tashbunny), Adam Faiz (Spartanker), Ku Izawan bin Ku Majid (Chiko), Jaa Suzuran (Jaasuzuran), Mohammad
Hamdi bin Abu Bakar (MakDi) and Erin Karra (Karra).