Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN

Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN

ERA: ERA Bayar Bil

Hantarkan bil-bil sehingga RM150 yang ingin dibiayai melalui ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi ERA

  • Layari laman rasmi era.syok.my untuk mendapatkan pautan borang penyertaan.
  • Lengkapkan penyertaan dengan maklumat diri dan kepilkan lampiran bil untuk dibiayai. Bil yang dihantar boleh di atas nama sendiri atau orang yang dikenali.
  • Peserta juga perlu kongsikan kisah disebalik bil yang ingin dibiayai oleh ERA.
  • Personaliti ERA akan menghubungi peserta yang berjaya di udara.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR

Teka tajuk filem dalam ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM150, di udara

  • Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka tajuk filem berdasarkan emoji yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’ SINAR.
  • Peserta bersama tajuk filem yang betul akan membawa pulang wang tunai RM150. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

ZAYAN: ZAYAN Teka Artis Nasyid

Teka nama artis nasyid dalam ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200, di udara

  • Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka nama artis nasyid berdasarkan imej  yang dimuat naik melalui Facebook dan Instagram ZAYAN.
  • Peserta bersama jawapan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
  • Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.